PENTING!!
Sekiranya anda ingin keputusan rawatan yang baik, dan pada masa yang sama, mengurangkan risiko rawatan ortodontik, anda perlu memenuhi tanggungjawab anda.
TANGGUNGJAWAB PESAKIT
- Anda akan menjaga kebersihan mulut anda. Anda perlu memberus gigi selepas setiap kali makan
- Anda akan berusaha mengekalkan alat ortodontik anda dalam keadaan sempurna
- Anda akan berusaha mengikuti segala arahan doctor
- Anda akan berusaha supaya hadir semua temujanji yang diberi.
Kegagalan memenuhi tanggungjawab anda mungkin melambatkan rawatan anda, membuatkan keputusan yang baik sukar diperolehi dan menyebabkan masalah seperti yang diutarakan sebelum ini terjadi.
Sekiranya anda merasakan anda tidak dapat memenuhi tanggungjawab seperti di atas:
- Barangkali lebih baik rawatan ortodontik TIDAK dimulakan.
- Jika anda sedang dalam rawatan, ia mungkin dihentikan.
|