APAKAH ITU ORTODONTIK DAN RAWATAN ORTODONTIK?

Ortodontik adalah cabang pergigian yang mengambil kisah tentang perkembangan muka, rahang dan kegigian.
Ia adalah kepakaran yang membuat diagnosis, mencegah dan merawat masalah-masalah susunan gigi dan rahang.
Istilah teknikal masalah-masalah ini ialah 'maloklusi' yang bermaksud 'gigitan yang tidak normal'.
Rawatan ortodontik menggunakan aplians pembetulan, yang dikenali sebagai pendakap atau 'braces', untuk membawa gigi dan rahang ke kedudukan yang lebih baik.
|